Saturday, November 7, 2009

SIBUK KEJE PUN BOLEH TENGOK TV LAGI

Pada hari Khamis kelmarin, Kak G baru saja balik dari satu tugas 'out-station' yang balik hari. Tetapi pada hari Jumaat, Kak G diminta untuk 'double-check' tugasan orang lain pula. Dahlah terpaksa pergi lagi ke satu destinasi 'out-station' yang lain kerana 'dateline' projek dah hari Isnin, minggu depan ini. Pergi ke Penang pula tu, dan dah tak boleh hari. Letihnya tak terkata, tapi mesti dilaksanakan juga le. Nampaknya sampai hampir ke hujung tahun, Kak G memang sibuk, padat betul dengan jadual keje.

Sebenarnya untuk tugasan Kak G sekarang, sepatutnya kena pergi pada hari Rabu lagi. Tapi Kak G kan nak tengok 'Game 6, World Series Championship' tu juga dulu. Nasib baik juga Yankees dapat menamatkan siri kejuaraan dalam enam perlawanan saja untuk menjadi Juara. Jadi dapatlah Kak G lakukan tugasan dalam masa yang ditentukan. Tetapi, tup tup, diminta 'cover' tugasan kerja orang lain pula. Geram juga, tapi Kak G ni jenis yang senang berunding. Kalau tak, seluruh projek tak siap pula. Apa cara pun, hari Isnin janji semuanya dapat dibentangkan kepada klien. Insya Allah, Kak G boleh buat.

Tapi hujung tahun ni dah musim hujan. Di kawasan tempat tinggal Kak G, dah lebih seminggu hujan turun dengan lebatnya setiap hari. Hujan lebat ni turun terutamanya disebelah petang. Kekadang berhenti sekejap, dan lepas tu hujan dengan lebat lagi yang membawa sampai ke tengah malam serta awal pagi. Siap dengan guruh dan petir lagi. Sekarang ni pun tengah hujan lebat, tapi tak ada guruh dan petir. Itulah Kak G dapat 'on' internet di rumah ni.

Sebenarnya tadi Kak G tengah membuat kertas kerja dan lapuran yang akan dibentangkan pada hari Isnin nanti ni. Lepas tu dahlah nak tengok program 'Sehati Berdansa' di Astro. Kemudian tu tukar pula 'channel' ke TV1 untuk tengok perlawanan akhir Piala Malaysia. Dalam sibuk-sibuk pun, nak tengok juga program dan acara ni :)

Kak G memang suka tengok sukan. Tapi kekadang tu malas betul nak tengok sukan Malaysia. Banyak sangat 'politicking' dan juga terdapat sikap tidak sihat orang kita. Dulu-dulu tu bagus, tapi sekarang ni dah hampir semuanya merudum kerana campur-tangan politik dan sikap yang tidak sihat.

OK, nak kena sambung kerja pula. Kalau boleh dihabiskan malam ini, esok tak payahlah pergi ke pejabat untuk habiskan kerja. Harap tak ada guruh dan petir, kalaupun hujan turun berterusan.

Apapun, tahniah untuk pasukan Negri Sembilan kerana menjuarai Piala Malaysia.

1 comments:

akak_bieza said...

elok jugak kak g layan tv nih...saya suka tengok RAW & WWF..hero saya paling minat..John Senna..hensem..Randy Orton seksi giler..Triple H..cute..hehehehe

Post a Comment